Tuesday 22 November 2011

pErKoNgSiAn iLmU dAn PeNgALAmAn

ASSALAMUALAIKUM....

عن ابي بكر (رضى) ، عن النبى (ص) قال : اغد علما او متعلما او مستمعا او محبا
 ولا تكن الخامسة فتهلك                       ( رواه الطبرنى)
Maksudnya : Mulakan pagimu sebagai seorang Guru Atau Pelajar atau Pendengar atau Orang yang cinta akan ilmu , jangan menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa..

bEgItUlAh kALimAh yAng pAtUt kITa sELaLu PeGaNg aGaR HiDuP KiTa sEnTiAsA DiBeKaLkAn dEnGaN IlMu....
ILmU TiDaK AkAn hAbIs MaHuPuN TaMaT sELAgI KiTa CiNtAkaN iLmU.... 

  •   Jangan biarkan diri kita menjadi golongan kelima iaitu golongan yang tidak berilmu
  •   Tiada batasan dalam cara menuntut ilmu sama ada secara format atau pun tidak formal
  •   Umat Islam diwajibkan menguasai kedua-dua ilmu :  Ilmu fardu ain & Ilmu fardu kifayah
Sebelum kita memulakan sesi pembelajaran kita, berdoalah....
agar ilmu yang kita perolehi ilmu yang bermanfaat ... dan diredhai Allah s.w.t....




                              Semoga kita semua sebagai pelajar dapat membaca dan menghafal doa ini....

Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana gembira (suka) dengan apa yang mereka tuntut”. (Riwayat Al Bara)

Maksud “tuntutlah ilmu walaupun sehingga ke negeri china” ialah : Belajarlah sekalipun sehingga ke satu tempat yang jauh.
Negeri China yang dimaksudkan pula ialah China Yunan (bukan China sekarang) yang mempunyai ketamadunan yang tinggi pada masa itu. Orang Arab pada masa itu mempelajari ilmu asronomi, falsafah dari mereka. Para sahabat nabi juga pernah ke sana dan terdapat maqam (kubur) mereka di sana. 

Pada zaman Rasulullah s.a.w. ilmu keagamaan boleh didapati oleh para sahabat secara terus daripada Baginda s.a.w, sebaliknya ilmu yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ilmu keduniaan di Yunan, kerana Yunan pada masa itu sangat bertamadun.
Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam, lelaki dan perempuan dan ilmu yang paling utama ialah ilmu aqidah kerana aqidahlah yang menentukan masa depan akhirat kita.
Dalam kebanyakan hadis, orang yang mengajar dengan orang yang belajar adalah sama kelebihannya kecuali : Malaikat melebarkan sayapnya ke atas orang yang belajar ilmu agama yang ikhlas kerana Allah. Orang yang belajar hendaklah mengamalkan apa yang telah dipelajarinya (amal lah apa yang betul, dan tinggalkan apa yang tidak betul iaitu yang dibuat semata-mata kerana ikut-ikutan). 

Sesiapa yg pergi mencari ilmu, maka Allah akan membuka pintu syurga untuknya, dan malaikat akan menghamparkan sayapnya untuknya, dan para malaikat serta ikan-ikan di lautan mendoakan untuknya (Riwayat Abu Daud). Sesungguhnya Allah, para malaikat, isi langit dan bumi, hinggakan semut di dalam lubang dan ikan dalam laut, semuanya mendoakan kepada orang yang mengajar manusia (Riwayat At-Turmizi). Orang yang mengajar kebaikan, segala sesuatu (segalah-galanya), sehingga ikan-ikan yang ada di dalam laut akan memintakan keampunan baginya (Riwayat Jabir). Kebaikan yang dimaksudkan ialah ilmu agama yang betul (perkara-perkara yang dibolehkan atau yang tidak dobolehkan, halal, haram) kerana tiada ilmu yang lebih baik selain daripada agama. Segala sesuatu misalnya pokok, batu dan sebagainya mendoakan keampuan bagi orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar , juga diampunkan dosa mereka.

Sesungguhnya orang yang berilmu tidak sama dengan orang yang tidak berilmu. Orang yang berilmu lebih tinggi makamnya (kedudukannya) di sisi Allah. Allah memberi pahala yang lebih kepada amalan orang yang berilmu berbanding mereka yang tidak berilmu.

Az-Zumar [9] : (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Al-Mujaadilah [11] : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. (11)
            



                         KETAHUI LAH KAMU BAHAWA MENUNTUT ILMU ITU ADALAH WAJIB....!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~bersambung di episod akan datang~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~